Probably to some, getting herself PREGNANT is the resolution. I know, it’s one of Amira’s and Ain’s resolution and it was actually MINE too, but I had to postpone due to I am currently studying plus FT Project @ work.
And to that, saja lah I pun nak share some tips/info that I gather from the web, forwarded emails and also, from my own experience from orang-orang tua, friends, books and etc :p. Semua ini adalah usaha kan, yang menentukan adalah ALLAH s.w.t.
Credit to here, here, here and here for the tips in which I got from the net, thank you!
So, come let's check it out together u'olls (petua tidak mengikut urutan):
- Petua Kacang Hijau
- Ambil segenggam kacang hijau.
- Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
- Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
- Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
- Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
- Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
- Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
- Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yg telah berumahtangga.
- Duduk bersila badan tegak
- Luruskan kaki kanan ke depan
- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
- Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama tujuh saat)
- Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
- Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 x kanan dan kiri)
- Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.
- Mula makan asid folik (Folic acid). Start with at least 0.4mg of folic acid a day, 2-3 months before conceive.
- Sila enjoy sex semasa cuba untuk conceive yer!! Jangan jadikan satu routine sebab keceriaan di bilik tidur adalah salah satu factor penting. So, marilah have sex secara positif dan sihat. Seperti biasa, jangan over do it ;).
- Jangan lompat-lompat or terus lari ke bilik air selepas ‘bersama’. Sila baring at least untuk 5 minit supaya sperm dapat berenang mencari ‘teman sejatinya’ ;). Penting wooo!!!! Hahahaha…
- “Main’ sekerap dan sebanyak yang boleh di waktu subur :p.
- Berhenti minum kopi and start minum minuman lain, ok? *sah-sah caffeine is not good for people who wants to conceive that is.*
- Buat isteri-isteri sila pastikan yang area VAGINA anda adalah sperm-friendly yer! Cuba elakkan dari spray and scented pad/panty liner yang boleh menyebabkan tidak keseimbangan pH. Reason being, kekadang benda-benda cenggini boleh menyebabkan mucus yang diperlukan untuk mentransport sperm tu hilang. Jadi berhati-hati lah!!!
- Wah! Ini jugak nampaknya elok di beri perhatian yer. Pastikan suami anda kurangkan aktiviti berbasikal dan kalau nak bersenam, gunakanlah treadmill instead. Ini adalah kerana geselan *TUT* dengan seat basikal tu boleh damagekan arteries dan jugak nerves kelelakian itu.
- Untuk pihak perempuan juga, bersenam memang penting dalam kehidupan seharian dan unutk life balance but perlu di ingatkan supaya tidak ter’OVER’ dose yer!! Apa-apa yang berlebihan adalah TIDAK ELOK untuk kesihatan.
- Diet yang melampau juga tidak boleh. Pemakanan memang amat perlu di titikberatkan.
- Doa Nabi Zakaria
- Surah Al Waqiah selepas subuh
- Lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
- Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.
- Juga boleh cuba ikut amalan SEPERTI DI BAWAH:
AMALAN PERTAMA : {Selepas Fajar ataupun Solat Subuh}
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
AMALAN KEDUA :
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Hopefully, sedikit sebanyak ia dapat memberi panduan buat kita semua. Jangan lupa untuk PART II, more of planning baby boy/baby girl.
Jom kita masuk 'tidur'... *oooppssss*
Pssstttt..... Jangan lupa, bilik tidur pun kenalah cantik dan menyelerakan yer!! Jangan di lupa salin cadar tu paling-paling 2 minggu sekali ker, lagi bagus every week lah kan... letak lah juga wangi-wangian yang bestttt, sediakan 'sensual oil'... *wow.. pengsan* hahaha... ini adalah penangan Victoria Secret Oil yang si Ain cakap but tidak dapat di kesan di Premium Outlet, San Marcos kali ni... *sedih sedih* :p.
6 confessions:
Salam kenal,
Ai nye 2011 new year resolution nak dapat baby..sampai dah masuk 2012 pon lom ada rezeki lagi. Every month tempoh 2week wait tu yang paling mencabar. sob sob. Kena carry forward lah azam 2011 ke 2012.
Thanks for the tips, bole try nehh..heheee
As Salam Cik Sibuk,
Thanks for dropping by and selamat berkenalan juga ;).
Hehehe... yesss... sila try. Insyallah... kalau ada rezeki, melekat ler tu nanti :D.
Sila berusaha dengan lebih gigih lagi...
halamak...nama i disebut-sebut...ngeee...
part caffeine ssh ckit nk tinggal..ngeee..aigooo..
tkpe2..chaiyok!
rs cam nk tampal kat tepi katil petua2 ni..ekekekek
Mira:
Tampal jer tepi katil tu ;). Senang sikit nak refer nanti kannn?
All the best, yer!!!
ok ni kene bookmark for future reference.. hahaha mika dah cukup 2 yrs nanti nak kene usaha lagi!
Laney:
Amboi-amboi... rasanya cam baru jer habis pantang kan? Hehehe...
Sila-sila bookmark for future reference... and wait up for Part II on planning of the gender ;).
Post a Comment