Sunday, January 29, 2012

..Austin Edition : Sunday Walk @ San Antonio..

Note : Another very long entry be it with words or pictures ).

Memandangkan hari ni hari Ahad, maka saya pun nak bercerita tentang AHAD saya di Austin dalam beberapa minggu yang lepas ;).

Asyik-asyik shoppingggggg jer kannnnn… Apa kata kita pergi sight-seeing pulak. Kali ni we all drive about 1 hour from the hotel menuju SAN ANTONIO.

Tapi, tak sah kalau tidak bergambar sebelum memulakan perjalanan. Betul tak? Bergambar with my ‘geng’ for this trip ;).

Ni cam ala-ala SIGNATURE lah kan, bergambar depan hotel :p.
We all gerak dari hotel dalam pukul 9 pagi, singgah jap ke San Marcos sebab nak exchange beg Tommy si Amira. Nasib baik lah satu jalan jer, same direction so tu yang boleh singgah. Kalau idak, minta maaf jer lah cik Amira. Pakai jer lah beg ‘besar’ itewww… kekekeke…

Sesudah tu, kami teruskan perjalanan kami ke San Antonio. Actually, tak tahu nak expect apa pun just that from the internet, it recommends to go ‘Riverwalk’, maka itulah our first destination.

Sesampai-sampai jer ‘Riverwalk’ tu, memang dok asyik snap pictures jer. Beautiful and serene surroundings. Love it!

We all pun snap-snap all the wayyyyyy. Pictures below adalah bukti betapa poyos nya kami eh! saya… :p. Hahaha.. yang kelakarnya, memula tu aku sorang jer bergambar entah apa-apa, alih tu.. semua pun follow… hehehehe… manataknya, buhsan ah… asyik-asyik bergambar berdiri tegak cam nyanyi lagu Negaraku gitu.. hahahaha…

The Boat Ride yang si Scottie tak nak naik, cheapskate betul!!! :p
Walhal murah jer kot, USD8.25

Boat tu blah pun nak snap gak yer.. but, nice scenery lah

Aksi Poyo Orang Yang Tak Reti Nak Dok Diam :p.

Ugly Ducklings Cute Ducks

Me & Kelly on the Bridge with the Boat

A Lonely Duck

Sambil tu, sambil ikut jer signboard and we randomly chose ‘La Villita’ as our next stop. ‘La Villita’ ni cam ada pekan kecik gitu. Ada tempat makan-makan and small shops. Tak masuk pun. Cuma singgah toilet dia jer untuk melepaskan apa-apa yang patut sebelum sambung jalannnnn. Hehehe.

Us Again and Me with My Leg Up. Hehe..

Si Ain Nak Tangkap Gambar the Statue and I Took A Picture of Her on the 'Wishing' Well?

Me and Kelly and the GAP between us was filled by Ain in the Next Picture

Riverwalk ni cam panjang and jauh jer lagi but since si Kelly dah mengadu lapar, so we all pun berpatah balik lah sebab dia teringin nak makan dekat one Mexican Restaurant by the river. Feeling horny romantic! Aaahhh gituuu…

Kat sini portion kan selalunya BESAR so we all pun order 2 sets jer and then, share-share. Sharing is caring, kannnnn? I and si Ain memang melantak enchiladas and nachos. Feveret, ok?

Macam sama jer rupa all the Foods ni kan?

Bila perut dah kenyang, haruslah meneruskan perjalanan yang belum selesai itu. Kami pun jalan jer lah. Tadi ada nampak signboard tulis ALAMO, kat website cam ada sebut-sebut pasal ALAMO ni. So, kami ikutkan jer lah langkahan kaki ini.

Dalam pada kami berjalan tu, tetiba nampak lah polis dan kereta polis di hadapan. Si Ain tetiba nampak panic semacam jer. BIla nampak dia panic, aku dok cuak sebab passport tertinggal dalam kereta, kot ler polis nak check kan.

Alih rupanya, time we all jalan laju giler nak melepasi polis, kereta polis dan a guy yang di gari dan di tahan polis itu, si Ain cakap, dia takut kot-kot lah kan, tetiba orang tu terambik pistol and buat tembakan rambang. Ya Allah, langsung tak terlintas and tak terfikir kat fikiran aku pun. Aku yang mula-mula selamba terus panic sama, ok?

Phew~ Alhamdulillah, kami semua selamat melepasi polis, kereta polis dan tahanan polis itewww.

Belum pun kami sampai ke ALAMO tu, kami singgah sebentar ke kedai-kedai souvenirs. Beli fridge magnet dan sebagainya buat kenangan.

Jalan depan sikit lagi, wahhh… rupa-rupanya, happening jugak kawasan ni yer! Ada Ripley’s Believe it Or Not, ada ala-ala Madamme Tussaud, Louis Tussaud kot, tak ingat lah pulak namanya apa, ada 4D Maze apa ke benda entah dan macam-macam lagi lah. Tapi, we all tak gi pun. Memang straight menuju ke ALAMO.
Apa ALAMO ni?

Nak cite payahlah pulak coz it’s all about HISTORY (sejarah), bukanlah subject kegemaran aku pun. So, nak tahu lebih detail, silalah pergi ke website nya, click here.

Some History and The Alamo

Dah penat bergambar kat THE ALAMO, kami pun pergilah mencuci mata kat RIVERCITY CENTER, shopping mall kat area tu. Si Kelly dan si Ain, nak pekena Starbucks. Aku dah kekenyangan. Si Scott lak, dia mengantuk, boleh tertidur kat Starbucks tu. Hehehe. Sian Scottie.

So, rasanya itu jer lah kot aktiviti kitorang pada hari tu. Malam tu agak kepenatan, jadik Ain and I main masak-masak and makan jer kat bilik. Hehehe… and malam tu jugaklah, yang terjadiknya AGENDA LUAHAN PERASAAN. I have blogged about it here.

Oklah… Enjoy the rest of your weekend!!!

Salute *Ikut gaya si Nora Danish dalam Ariana Mikhail – ye, saya telah menjadik pengikut cerita Ariana Mikhail :p.Comel lah itu Nora Danish. Sangat suka, ok?*

Note : Actually, there's more pictures. Unfortunately, my laptop crashes and it goes with it. Huhuhu... Thank God I dah pass the pictures to Si Ain, so need to ask from her... and maybe just then, I could update the pictures again! Haih~

2 confessions:

Cik Sibuk said...

ruginya tak naik bot tu..mesti best kot..

Aini said...

Cik Sibuk:
It's ok... tak sempat kali ni, next round masih ada.. insyallah :p.

Related Posts with Thumbnails