Business Trip ke Austin adalah tanpa kerelaan ku. Chewah! Yelah, lebih kurang cam paksa-rela gitu. Reason being, saya masih adalah full breastfeeding mother and also, pergi jauh-jauh, sorang-sorang tanpa family adalah tidak best. Especially, nak tinggalkan si kenit ku, Syafi itu! Huhuhu…. Sedih, ok?
Anyways, ku gagahkan jua mengharungi 27 jam perjalanan complete dengan duration dalam flight, waktu transit dan sebagainya. Penat punggung, wooo!!! Adalah sangat tak best jugak! Dengan iringan turbulence yang menghavockan isi plane menambahkan kegerunan dan tidak seronok. Penumpang lain siap menjerit tau! Ngeri I. Huhuhu… hanya kalimah Allah dan zikir yang meniti di bibir ku di waktu dan ketika itu.
*Awww… nak try jadik penulis buku seperti buku Ombak Rindu kah ini? Kekeke… padahal tak baca pun. Ok melalut sudah :p.*
So, bila diri ini pergi ke sana di dalam keadaan paksa-rela, maka dengan itu, the whole trip seperti tidak best jer. Al-maklumlah, pagi petang asyik kerja-kerja-kerja. Time yang di tunggu hanyalah time nak SKYPE dan VIBER family di Malaysia sahaja.
Pada yang tidak tahu saya bekerja di mana. Haaaa! Inilah tempatnya. Jarang benar nak reveal kat mana, tapi kali ni.. belasah jer lah. Kalau tahu TAHU, tak tahu SUDAH. Boleh? :p.
 |
| Lonestar (New Building) : About 20 minutes from the Hotel |
Nasib baik lah, ada jugak teman-teman dari Malaysia yang sudah sedia ada kat sana. Hehe. Mereka dah sampai lebih awal and mereka juga balik lebih lewat berbanding saya. Sebenarnya, kalau nak di ikutkan, masa kat Malaysia jarang benar borak dengan mereka. Dengan kata lain, tak kenal lah cumanya borak-borak pasal kerja sahaja except for Merdelyn lah. Dia memang saya agak rapat juga sebab she used to sit opposite me ;).
Dalam gambar di bawah adalah orang-orangnya. Kelly and Hui Pin from BW team. Merdelyn and also, Sham.
Oh ye! Tanpa ku sangka Sham ni adalah my junior kat AIM. Hahaha… lawak-lawak. Dahlah from the same Ex-Company, ok? Lepas tu, anak pun lahir tahun and bulan yang sama which is last year, February. Syafi lahir 18th Feb and anak dia lahir 20th Feb. Sungguh kecik rupanya dunia ini, kan?
 |
The People that Made the Trip Less Boring ;).
Thank you, guys!!! *they don't even read this blog :p.* |
Hari-hari saya di sana adalah sungguh sibuk. Yelahkan, kalau boleh dia nak squeeze semua benda time saya di sana. Meeting bagai nak gila. Back to back tanpa henti. Memang terasa suffocate jugaklah. Mujur weekend masih boleh bernafas. Phewww~ lega.
And saya nak kena ulang-alik from New Building to Old Building. Memang kelam kabut.
 |
| Me & Merdelyn Bergambar at the Old Building B3 |
Memandangkan saya dan Merdelyn seperti orang yang merempat sebab kami tiada tempat khas. Maka, kami pun sharelah satu cubicle dengan si Sham. Janji ada tempat duduk nak buat kerja. Actually, I do have a place for the project but kebetulan time tu nak cuti Thanksgiving so semua dah balik kampung. So, the BIG ROOM kosong and tak kuasa lah I nak dok situ sengsorang kan!!
 |
| Me & Merdelyn Bergambar @ Sham's cubicle |
Kalau kat Austin ni, you will see everywhere LONGHORN. Nak tahu more of the history you all sila lah Google sendiri about it. Tapi, takat yang I tahu tempat ni ada banyak Texas Longhorn (Cattle).
So, if you tengok betul-betul even the bus stop kat sana seperti gambar di bawah ni, ada jugak lambang longhorn. And the colour is ORANGE. Pun I am not sure why :p. Silalah Google lagi yer!
 |
| Perasan tak the Longhorn symbol tuh kat the Bus Stand Pillars? |
Memandangkan I ni pemalas nak arrange the pictures, so below are some pictures taken di Old Building. Gambar reramai tu is with orang-orang Mexico, Neoris team (our vendor). Memula Sham datang, these Mexicans pun ingat yang Sham ni Mexican jugak. Hahaha… ada rupa kot??? :p.
 |
| Me & Kelly in B3's Lobby |
 |
| Me & Merdelyn also @ B3's Lobby |
 |
| The Malaysian vs The Mexicans (Basis Neoris Team) |
As I mentioned before kan, I kat sana memang busy giler with meetings. Sampaikan, dengan my Boss sendiri pun I tak berapa sempat nak tegur sapa. Jadik, my Boss ni set up kan lah makan malam kat Fonda San Miguel.
The food memang sodapppp! Of course yang I order are all vegetarian. Enchiladas, yummeh! Quesadilla superb! Nak makan lagi jer rasa. Hahaha…
 |
| One Night Having Dinner with My Boss and he brought his wife and 4 weeks old Baby |
So, sebelum menutup tirai malam itu. Kami pun bergambar lah bersama-sama depan Fonda San Miguel Restaurant.
 |
Top : Sham and Asad (my counter part)
Middle : Me & Merdelyn
Bottom : TH (Merdelyn's hubby), My Boss Drew and His Wife |
Begitulah hari-hari ku di sana. Memang terasa kesunyian nya. Tapi, korang jangan bosan lak yer sebabbbbb… there will be more of Austin because I’ll be going there again in January 2012. Haih~