Friday, July 8, 2011

..Quick and Easy Recipe : Popia Nestum..

Atas permintaan ramai, saya dengan baik rendah hati, nak tepek resipi sedap, cepat dan mudah yang anda semua boleh buat for RAYA nanti.

Biasalah, aku ni memang cenggini, bila betul-betul time puasa, nak buat kuih RAYA tuh cam malas jer kan, tapi bila time-time kat office pun buhsan and kat rumah cam tak dek food jer, mulalah tangan ni gatalllllll sangat nak buat something. Kekeke.

Kalau ikutkan hati, suka jer nak buat apa-apa jer yang involvekan OVEN tapikan, memandangkan OVEN ku adalah rosak. Huhuhu. Maka, aktiviti bakar-membakar di hentikan buat sementara waktu sehingga AKU DAPAT OVEN baru. *hint hint, birthday aiii nak dekat ni.. so, leh lah kan kalau sesiapa tu kot nak bagi hadiah oven gitu.. awwww ;)*

Hence, terpaksalah ai mencari alternative lain seperti menggunakan kaedah mengukus or menggoreng gitu taw!

Jadik, tanpa melengahkan masa meh sini I bagi you all the steps to make POPIA NESTUM.

Bahan-bahan nya adalah :

  1. 1 cawan nestum – I pakai nesvita yang 3 in 1 tu jer (blend) - seperti gambar di atas
  2. ½ cawan horlicks – I pakai Horlicks cereal 3 in 1 gaks (blend) - seperti gambar di atas
  3. ½ cawan gula kaster – I tak blend pun coz dah cukup halus for me ;).
  4. 25-30 piece of Popia skin - cukup-cukup for the above mixture jer! So, pandai-pandai lah yer :p.(make sure popia skin ni dah di suhu bilik yer, lembut gitu, otherwise, koyak lah pulak kang, tak leh nak gulung tau!)
  5. Sebatang Lidi/Chopstick – untuk aktiviti menggulung
  6. Telur putih/air - sebagai gam
  7. Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya (bergambar lagi, ok?) :

1. Ambik lidi/chopstick untuk aktiviti penggulungan di bawah. Ai pakai lidi yer. If let say, for the first gulung tu payah sangat nak buat, you letak lah telur putih/air kasi lekat dulu then, baru mulakan proses penggulungan. Gulung sampai lah habis yer.

Proses Menggulung

2. Dah sampai hujung tu, jangan lupa gam kan ia dengan telur putih/air supaya tak dek lah terbukak pulak bila di goreng.

Sesi menge'gam'

Contoh gulungan yang sudah selesai

3. Pastikan, apabila you susun gulungan-gulungan tu, ia tidak melekat antara satu sama lain yer. Kang, cacat lak tau.

4. Bila aktiviti gulung sudah selesai for all the 25-30 popia skin. Boleh lah you guntingkan kecik-kecik secara serong yer. *sorry, tak tersnap pulak pic for this activity*

5. Panaskan minyak kat kuali, bila minyak dah panas. Campakkan saja popia yang dah di potong kecik tu ke dalam kuali yer.

6. Masak sehingga warnanya kuning keemasan. Chewah!!! Ala-ala cam gambar kat bawah lah.

Goreng dalam minyak yang banyak dan panas

7. Angkat dan toskan minyak nya. Letak lah paper towel so cepat sikit dapat absorb minyak-minyak itu. Biarkan sejuk seketika.

Hasil gorengan

8. Sambil you nak tunggu popia you sejuk sikit, campurkan bahan-bahan yang you blend tadi like the nestum, horlicks and sugar. In this case, I mix it in a tupperware jer senang leh main goncang-goncang kan or sambil bergelek sekali kekekeke.. like the picture below.

Sebelum dan Selepas bergolek or bergelek

Andddd tadaaaaa.. inilah hasilnya POPIA NESTUM yang sedap sekali ;).
Cubalah, gerenti sedap!!!

5 confessions:

fisa othman said...

aku nak print tanpa gamba ekk...hehehe ptg ni p beli bahan2 dulu..:D maklum ler segala yg maksud kan d atas tiada dlm stok brg dapur aku tuu..:p

Aini said...

Hahaha... sila-sila. Semoga misi kau berjaya yer ;).

Insyallah, takkan mengecewakan beb!!!

Banyak testimoni dah ni... kekekeke...

Nur Hawa Mohd Zin said...

wah boleh buat biskut raya ni kak :)

Anonymous said...

laaa...senang je rupanya! unfortunately, i takleh la nak buat ni at home, kesian my daughter yg allergic to dairy tu, kepingin je karang. so i harapkan u bwk lg ke ofis ya for me? thanks, laling!

-aida-

Aini said...

Insyallah.. if I ter-rajin lagi.. I surely akan bawak popia nestum for you, ok Cik Puan Aida :D.

Related Posts with Thumbnails