Friday, December 31, 2010

..Last Entry of the Year 2010..

2010 has been a wonderful year for me. I welcomed 2010 with abundance of joy when I gave birth to Baby Adam Syafi.

2010 was also the year where my husband and I celebrated our 10 years anniversary. It marked how much patience we have with each other and it is still going strong.

2010 made me realized that there’s nothing more that I want other than be with my family in bad days and good days and so, I have come to a point that I should mellow down from working in a fast pace environment to a slower pace environment.

2010 showed me how much I have grown into as a person although I still have a ‘child’ in me ;).

All in all, I am happy with whatever the outcome is and I would certainly want to prepare myself for 2011 by being grateful with what I have, positive thinking with what comes, eye wide open with new challenges and exposures and hopefully, next year would be a greater year than the years before. Insyallah!

..Special Kids : Fuyoooohhhhh!!! Bak kata Dedek..

To some this is probably not considered as an IMPROVEMENT but for me, I do. Whatever NEW is definitely good, that shows there’s a positive progress and absolutely GOOD TO KNOW.

..Scenario 1..

Me, Kakak and Dedek were lying down in front of the TV watching Anugerah Skrin. Don’t ask me how we ended up watching that, I supposed after switching channels to channels to channels that was probably the best choice! :p.

Anyways, we were at the part where it announces on Pelakon Pembantu Terbaik Filem/Drama… filem kot? And Aaron Aziz yang menang.

Tetiba jer kan....

Dedek : Fuyooooohhhhhhh!!! *Full with expression tau!*

I was like, huh! Terkedu kejap… then, I ask her.

Me : Apa yang Fuyooo?

Dedek cakap lagi : Hensemmmmmmmmm….

Kali ni, I dah buat muka terkejut. Hahaha…

Me : Apa yang Hensem?

Dedek : Cuba tengok?

Hahaha… dia leh suruh aku tengok ke'hensem'an si Aaron Aziz itewww... *pengsan aku dengar*

Aaron Aziz : The guy yang Dedek kata HENSEM itew...
Picture Courtesy of Mr. Google

..Scenario 2..

We were in the lift kat Empire Mall and dalam the same lift ada a young good looking guy. *you know the drill kan? Hahaha…*

Anyways, we all keluar kat Ground and the so-called young and good looking guy nak pergi Basement Floor.

Tak jauh and tak lama lepas we all keluar from the lift. Tetiba Dedek buat muka ‘gelenyar’ (read : Gatal) and said, Hensem nyaaaaa!!!!

I looked at my hubby and my hubby looked back at me.


Summary:
I didn’t realize that she have grown to a LADY now. Initially we thought that she probably couldn’t even comprehend the word ‘HENSEM’ but bila dah dua kali dia cakap and at both times, orang yang dia cakap hensem tu memang HANDSOME and so, we finally agree that she totally UNDERSTAND the word very well.

Haih! Dalam banyak-banyak perkataan, itu lah perkataan yang dia PANDAI yer? Hehehe… Oh well, it’s better than nothing kan!!!

She is ON HER WAY to become a WOMAN ;). *with feelings too!*


This is SHE, Dedek *tengok, kalau bergambar pun over tau!*

..ILMIAH JUMAAT : Petua 8P Uztazah Siti Nur Bahyah..

Excerpt from FACEBOOK : "Sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat."

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


..Doa Suami Isteri..
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
Amiin…

Courtesy of Mr. Google

Thursday, December 30, 2010

..Woot Woot : Tomorrow, Friday is a Public Holiday..

We won! We won!
*jumping up and down like a mad woman but actually it’s more due to the holiday… hahahaha*

No lah. Not just the holiday. It’s to the team too.

Well done, guys!
You guys did a great job!!
And thank you very, very much!

The guys who played very, very well. Bravo peeps!!!!
2 thumbs up for you ;).
Picture Courtesy of Utusan Online

Because of that, our Prime Minister made an announcement last night after Malaysia won the AFF Suzuki Cup Championship by aggregate 4-2 with Indonesia that FRIDAY IS A PUBLIC HOLIDAY.

Alhamdulillah. *Although, cutikah aku sebenarnya? Since my company tak announce apa-apa pun lagi ni. Hmm… cutilah. Cutilah. Cutilah. Nak cutiiiiiii!!!!! Hehehe*

..Such a Conniving Thief!!! Very Brilliant Indeed..

I memang selalu jer belikan my kids MILO KOTAK KECIK. Bukan apa, senang for them minum sekotak terus habis coz kalau beli yang besar kang.. sah-sah bila tak habis minum, HABIS dia buat main… HABIS ler rumah jadik comot dengan MILO, ok?

And so, macam biasa I pun beli ler MILO KOTAK KECIK itu kat Jusco. Tengok harga cam murah jer, so I ambik 2 packs. Kebetulan I tak ambik bakul pun, sebab tak budget pun nak membeli barang banyak sangat pun. Takat MILO KOTAK KECIK and few other things.

Happy with my purchase, I pun terus lah pulang. On my way to the car, I just realized yang baju I kotor and penat I wonder dari mana I got the KOTOR from. Pikir punya pikir, serious tak tahu how I get my baju dirty. So, abaikan jer lah. Malas makcik nak pikir lagi :p.

Sampai rumah, I pun letak lah barang-barang and nak susun MILO KOTAK KECIK tu dalam fridge. Yeszzzaaa… MILO sejuk adalah sangat sedappppp!!!

Tiba-tiba…. Aku nampak ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Air MILO KOTAK KECIK yang sudah di tebuk dan di minum isinya... huhuhu..

Huh!! Apakah????


Gambar secara dekat or close up :p. Marahnya!!!!

MILO KOTAK KECIK tu telah di tebuk dan di minum rupanya. There and then baru ler perasan yang baju ku kotor tu sebab MILO KOTAK KECIK tu dah tumpah and kena my baju ler tuh??? Grrrr…

Bengangnya!!! Siapakah yang telah dengan JAHATNYA minum MILO KOTAK KECIK itu and dengan selambanya telah meletakkan semula ke rak asal bersama packs-packs yang lain????

Kalau iye pun nak mencuri, boleh tak jangan susahkan orang lain?? Susahkan TUAN YANG KO NAK CURI tu sudahlah. Tak pepasal aku pun terbabit sama tau!!! And skang, kan dah susah ko nak minta ampun… sebab bukan takat nak kena minta maaf kat Jusco but dengan aku-aku sekali ko nak kena minta maaf, ok????

And kalau iyer pun nak curik, ambik ler semua ker.. and letak kat tempat lain. Isk!! Bengangnya.. !!! Bengang tak terkata… Aku ni nak kata bengang sebab rugi tak jugaklah sebab boleh jer aku gi balik Jusco and tukar balik… just that, yang aku nak TEKANKAN and HIGHLIGHT kan skang ni is PERANGAI BURUK ORANG ITU jer….

Kalaulah yang ‘mencuri’ itu budak-budak yang pergi ke Jusco bersama parents, aku memang marahkan parents nya lah kan sebab apsal ko tak tengok anak ko tu buat apa? If ko tak nampak dorang buat benda tu, yang ko biarkan dorang jalan tanpa supervision tu apsal kan? Or at least, sila ajar anak-anak tu siap-siap pasal MANNERS boleh? Tak baik ok buat gitu. Sian lah kat orang lain.

Kalaulah pulak yang ‘mencuri’ itu orang yang tak berduit, tapi aku rasa tak pulak sebab orang tak berduit ni selalunya Jusco pun dia tak gi dekat kan? Ke skang dah lain? Memang ini cara nya untuk membasahkan tekak dorang yang kering? Huhuhu.. Orang kata kan, kalau dah miskin harta at least biarlah kaya budi bahasa. Masih banyak lagi cara untuk kita dapatkan seteguk air dengan cara yang HALAL.

Kalaulak pulak yang ‘mencuri’ ni mak, bapak orang. Memang korang ni GILA ke apa? Or saja TERINGIN nak tengok apa rasanya ‘mencuri’? Ke better still, dia tak tahu pun yang itu adalah kesalahan and pada dorang ini bukanlah mencuri pun sebabnya term CURI tu kalau ko ambik kan, yang ni kira tak ambik apa. Takat sedut and minum jer kat situ and plus, minum 2 kotak jer and masih ada tinggal 2 kotak lagi kan?

Ambik 1 straw and minum 2 kotak sekali, since sekotak tak cukupkan... then, tinggalkan jer lagi 2 kotak biar orang macam aku ni beli.... kira aku ler yang bayarkan untuk dia lah ekk?
KEPALA HOTAK DIA... ok????
Sungguh kurang sopan!!!!!

Haih! Memang tak bermoral sungguh lah!!!

Apa pun, marilah kita ambil ikhtibar. First thing first, peringatan untuk diri saya sendiri, bila beli barang, nak lah kena check kiri, kanan, depan, belakang sampai habis. Jangan pulak, dapat MILO KOTAK KECIK yang di tebuk lagi. And also, lebih berhemah apabila kita dah nampak MILO KOTAK KECIK tu di tebuk, janganlah pulak biarkan sahaja yer, silalah bawak ke kaunter and beritahu pada MANAGER or yang sewaktu dengannya supaya mereka leh ambil tindakan yang sepatutnya. Jangankan kita TERKENA and kita nak KENAKAN orang lain pulak kan???

Buat BAIK berpada-pada, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI ;).

Wednesday, December 29, 2010

..Red Alert, Red Alert : Panic Attack!!..

Have you ever experienced PANIC ATTACK or anything equivalent before?

I know, I have!

In fact, I have experienced it many, many times. Be it lah PANIC ATTACK or HEART ATTACK but pendek kata, memang segala yang TERKEJUT, TERKEJUT ni memang pernah RASA lah.

Example of the ATTACKS :
  • When you suddenly need to step on the brake paddle due to the car in front of you decided to STOP without any signal. *Happened to a colleague and ended up BANG each other’s car*
  • Or when suddenly your kid decided to JUMP into the pool and she DO NOT know how to swim. *Happened to myself, TWICE!!! Once Kakak masa kat Labuan and second time, it was Dedek @ Seri Malaysia, Bagan Lalang*
  • Or suddenly you saw your baby/kid is about to fall off from somewhere. Example : Pintu kereta terbukak and anak you dok kat tepi, sikit lagi nak jatuh.
  • Or when your kid decided to bite the glass that she use to drink and it breaks in her mouth. *Again, happened to myself TWICE and both was by Dedek. She thought that it was probably an edible drinking glass :p*
  • Or when you got yourself stabbed just like me, almost 12 years ago. *Ini bukan setakat Panic Attack but, it was Physical ATTACK beb! I was so shaken until I had no reaction. I broke into tears when I saw Marr and I just ran to her and hugged her really tight. Gosh! It was one of my worst nightmares EVER!!!*

…. and banyak lagi lah kan.

But, the Panic Attack yang I nak cerita sekarang ni is the one yang just happened to me very recently. Like just last week!

So, apa yang terjadik? Apa yang PANIC sangat tuh?

Begini ceritanya… This happens in the office. I just finished my Zohor prayers and so, I nak balik ke my cubicle lah kan. Surau kat Sub Basement and my cubicle kat 1st floor. I pun masuklah lif cam biasa and tekan ‘1’ cam biasa jugak.

Tetiba, terasa lama jer dalam lif ni. Tengok-tengok, there’s nothing at all written kat yang selalu tulis SB, G, 1, 2 or 3. I was like, huh! Lif mati ker? But, I am still calm as biasa jer if lif mati ni kan, even kat memana pun kalau lif mati, tekan jer lah button ‘bukak’ tu and sure dia akan bukak semula.

Tapiiii… sangkaan ku adalah meleset. Pintu lif tidak juga buka. Panic starts to rise. Tekan-tekan nothing happen. I tekan tutup, bukak, all the numbers. Unfortunately, nothing happen.

Gosh! Suddenly I was like, where’s the EMERGENCY button. For once, I NEED that button REAL BADDDD….


I saw IT and hit on IT but nothing happen.

All of a sudden, the number changes from ↑SB to ↑JU. I was beginning to freak out. I was like, ↑JU??? And the lift was like making a sound as if it’s going right up.. Seriously, ↑JU? Like ↑JUMP? Aku dah giler gabra siotttt…

This is what it is supposed to show instead of ↑JU.

Tekan sana, tekan sini semua cam tak jadik apa jugak.

Last-last… teng!! The lift door open… fuh!! Lega.. but tetiba jadik blur kejap.. ‘Where am I?’ Rasa cam lost jerrrrr. Rupa-rupanya, I was at GROUND floor. Hahahaha… terus I get out from the lift and took the stairs to 1st floor :p.

Giler tragic siot! Terus trauma and lepas ni, memang panjat tangga jer lah jawabnya… hehehehe.. unless I am not ALONE… heeeeee……..

Apa pun, Alhamdulillah.. AKU MASIH DI SINI :).

Tuesday, December 28, 2010

..4 Sekawan..

4 Secawan Sekawan unites when my hubby's twin came over for the weekend. When these 4 'squirts' berjumpa, gosh! They can definitely make the whole house 'shaking'. If you know what I mean :p.

However, I am glad because they had fun!

The Fathers went to the Stadium to watch Malaysia beats Indonesia 3-0, while Mommies @ home watching over kids plus layan Astro Channels.. hehehe... nothing fancy. Thought of going out with the kids but my biras being 8-months preggie and so, I don't think I could handle 4 kids alone. Believe me, running around catching them is like one of the major criteria needed when looking after these 4!!! Yelling and screaming would be the next best thing!!! Hahahaha...





Soon, these 4 will be meeting up again when my biras giving birth by end of January ;).

The famous 4 will soon have a new 'gang' when Baby Adam Syafi and soon-to-pop baby is out. Mak ai!!! 6 kids, huh!! Hahahaha...

Travelling would be SO MUCH FUN... heeeeeee!

Friday, December 24, 2010

..ILMIAH JUMAAT : Kad Krismas Saya Untuk ‘Anda’..

Seperti biasa di hari Jumaat yang mulia, saya akan ambik apa-apa artikel yang menarik from FACEBOOK dan share bersama kengkawan.

Ini adalah salah satu contoh penggunaan FACEBOOK yang baik so, tak dek lah asyik untuk merapatkan silaturrahim sesame insan dan letak gambar semata seperti saya letak gambar makanan kannnn? Hehehe…

So, marilah kita hayati artikel yang actually di ambik from : http://saifulislam.com/.

..Kad Krismas Saya Untuk Anda..

“Amir, awak rindukan Krismas?” saya bertanya.

Di satu sudut masjid, Amir duduk bersimpuh tersenyum mendengar soalan saya.

Tengah hari itu cuaca di Belfast sungguh sejuk. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Krismas tiba. Di sana sini lagu-lagu Krismas berkumandang.

Teringat saya kepada suasana Aidilfitri di Malaysia, manusia bagai dipaksa-paksa untuk beremosi dengan lagu raya. Sama ada untuk melakukan barangan, menyuruh anak perantau pulang ke desa, atau dipasang sekadar menandakan musim raya sudah bermula.

Lisburn Road yang selalunya comot lagi suram dengan sentuhan cuaca Ireland Utara, indah berhias dengan pelbagai dekorasi, tidak mengalah dengan kemeriahan di sekitar pusat membeli belah Castle Court di tengah bandar.

“Tidak. Tiada rasa rindu. Tetapi rasa lebih berhubung” jawab Amir dengan tenang.

Amir adalah anak tempatan. Sudah lama memeluk Islam dan tiada gelaran ‘saudara baru’ untuknya lagi.

“Bagaimana pula lebih berhubung?” saya kurang jelas dengan maksudnya.

“Dulu-dulu, saya sekeluarga menyambut Krismas tanpa sebab yang jelas. Malah tanpa sedar, seperti ada kekeliruan antara Jesus dan Santa Claus” jelas pemuda itu.

Amir menggambarkan kepada saya betapa Krismas disambut lebih kepada sebuah adat yang sekular. Tiada intipati agama yang jelas. Hadir ke perhimpunan di gereja pun tidak dirasakan sebagai ritual agama.

“Di Belfast ini, hidup sebagai minoriti menjadikan Muslim lebih menghargai Aidilfitri. Tetapi di negara saya, Ramadan semakin disudahkan dengan perayaan yang semakin sekular. Hilang roh agamanya” saya berkongsi.

“Itulah perbezaan agama minoriti dan majoriti barangkali” Amir menyambung mesej saya tadi.

“Selepas memeluk Islam, awak masih menyambut Krismas?” saya ingin tahu.

“Ya dan tidak” jawabnya ringkas.

“Bagaimana begitu?” saya tidak pasti.

“Ya, saya masih menyambut Krismas dengan pulang menziarahi keluarga saya dan menyertai perhimpunan keluarga kami. Ada hidangan yang saya makan, ada yang tidak. Tetapi saya tidak lagi menyambut Krismas dengan jiwa yang sama seperti mereka kerana saya rasa saya lebih Kristian selepas memeluk Islam!” jelas Amir.

“Oh! Lebih Kristian selepas memeluk Islam? Unik tu!” saya terpinga-pinga.

“Tentu sahaja. Jika dahulu, status Jesus sukar untuk saya hadam ke dalam jiwa dan keyakinan. Tetapi kini segalanya jelas. Maryam dan Isa lebih indah dan suci di dalam Aqidah Islam” ujar pemuda Irish itu.

Amir membacakan kepada saya firman Allah di dalam al-Quran, surah Aal ‘Imraan:


“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]

“Versi Islam untuk Annunciation?” saya menyoal.

Amir tersenyum.

Dia memang tidak banyak berbicara.

“Eh, saya perlu beredar sekarang. Maafkan saya, Imam. Kita jumpa lagi Insya Allah” Amir tiba-tiba bangun. Teringatkan sesuatu barangkali.

“Baiklah. Merry Christmas?” saya memberi ucapan dalam nada menyoal.

“Islamic Christmas?” beliau juga menjawabnya dengan nada menyoal.

Kami ketawa.

KRISMAS DAN PELUANG DAKWAH

Saya teringat kepada pesanan Said Hawwa di dalam risalah Maulid beliau yang terhimpun di dalam kitab Kay Laa Namdhee Ba’eedan ‘an Ihtiyaajaat al-’Asr. Al-Marhum berpesan, biar pun Maulid tidak disambut di zaman Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam atas sebab yang makruf, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk tarikh yang difahami sebagai Maulid al-Rasul itu dibiarkan begitu sahaja. Ramai manusia yang secara otomatik tertanya-tanya apakah tiada sambutan, tiada ceramah, tiada kenduri. Kesediaan masyarakat untuk ‘diprogramkan’ itu mesti dimanfaatkan oleh pendakwah. Tolaklah ke tepi anasir-anasir yang bersalahan dengan Sunnah. Namun mengapa tidak diadakan majlis ilmu mengingati Rasul sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Mengapa tidak baginda dipuji dan dikenang bersama selawat dengan bahasa syair yang indah, selagi syair itu tidak mengungkapkan syirik dan bid’ah?
Demikian juga perihal Krismas.

Ketika sahabat handai malah mungkin ada yang sanak saudara dan ahli keluarga yang menyambut Krismas kerana agama mereka, mengapa tidak sentimen dan emosi yang wujud dimanfaatkan sebagai peluang dakwah?

Umat Islam harus sudah mampu keluar daripada berulang kali memperdebatkan persoalan hukum mengucap tahniah kepada non-Muslim.

Jadikan sahaja ia peluang dakwah, ungkapkan sesuatu yang lebih Islamik.

Hantarkan kad Krismas yang disertakan dengan petikan-petikan ayat al-Quran yang berbicara tentang Isa dan Maryam.

Beritahu rakan Kristian anda bahawa kita kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary. Namun Risalah Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya. Hadiahkan buku-buku yang baik pada menjelaskan tentang Islam serta hubungkaitnya dengan Risalah Jesus. Buku yang sedap dibaca, buku yang tidak mencederakan kasih sayang mereka kepada Jesus dan Mary, tetapi menggunakan kasih sayang itu untuk mengajak mereka kepada Aqidah yang lebih memurnikan cinta seorang mukmin kepada sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.

Seperti kata Amir, “saya terasa lebih Kristian selepas memeluk Islam. Lebih dekat dengan Jesus Christ”

Mungkin sudah agak terlambat, tetapi malam itu saya mengerjakan Photoshop untuk membuat kad Krismas berserta petikan al-Quran tentang Jesus dan Mary. Kad itu dikongsikan bersama Jamal, Presiden Belfast Islamic Centre untuk dihantar kepada beberapa klien yang biasa berurusan dengan kami daripada kalangan agensi tempatan.


“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur” [Ibrahim 14: 5]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Thursday, December 23, 2010

..Santa Claus is coming to Town..

Santa Claus is coming to Town Office actually nya... :p.

Christmas came very early this year @ the office. It was just middle of December but a bus full of carolers came by to do some caroling for us ;). It was from ‘D Flaming Reindeer – Marriot’s Christmas Carolers’. They were indeed good. They sang few songs including a beautiful song in Philippines.

And of course the caroling would not be complete if it is without the song ‘Santa Claus is coming to Town’, right? And, when they were singing the song, suddenly we heard bells from outside and gosh! It’s Santa Claus. Hahaha… jauh tuh Santa Claus datang dari North Pole?

Santa Claus came with a medium size bag full of goodies. I managed to get wafer, jelly and sweets. Some didn’t get at all and some got junk foods :p. Oklah tu kannn!

But all of us got Christmas Dinner vouchers from Santarina tapi, I punya I dah pass entah kat sesapa entah my colleagues. Hehehe.

So, malas nak cakap banyak and cerita panjang. Why don’t you feast yourself with some of the photos.


A short speech before they start to sing

Ni dah start nyanyi ler ni.. Merdu gaks suara mereka ni.. layanzzz!

Malaysian version of Santa Claus with the bell on his hand

Santa is busy giving gifts

Tak ketinggalan Santarina passing the Christmas Dinner vouchers

*Hmm.. next Chinese New Year, mesti ada lion dance lak kan?*

Wednesday, December 22, 2010

..Baby’s Development : Syafi is 10 Months old..


It's that time again in the month. An update on Baby Adam Syafi's development. Alhamdulillah, he is now 10 months old. He have been showing very good progress so far.

So, let us see his milestones ;).

..Milestones..
Physical Development

  • Crawls well (belly off the ground) *checked. Very, very well indeed. Dah macam lipas kudung. Sekarang tengah training nak bangun sendiri laks. But, of course masih asyik jatuh jer lagi. Hahahaha...

Projek Angkat Punggung :p

  • Cruises along furniture *checked. Not so often though, sebab kat rumah there's not much of a furniture for him to cruise along :p. Hence, bila kat rumah Embah (Nenek and Datuk) then baru leh laksanakan this activity ;).
  • Picks up small object with princer grasp *checked. Yupp, I saw him once trying to pick up dirts, mostly biscuit crumbs from Kakak and Dedek. So, each time memang nak kena suruh Kakak and Dedek makan setempat. Otherwise, Syafi pun kenyang gaks nanti.. hehehe... *very not funny lah Aini : slaps forehead*
Cognitive and Language Development

  • Jabbers *checked. Favourite thing to do. This little boy is such a charmer.
  • Understand few words *checked. I have the notion that he understands the word "NO" already.
Social and Emotional Development

  • Shy/anxious with strangers *checked. Very, very much. He does not want to be with anyone unlike when he was younger. Now, it's just ME, the Father and the Babysitter. Even grandparents, will need to take some time before he gives in.


Faces of Baby Adam Syafi

Ok peeps.

That's all for today.

Happy Wednesday~.

Friday, December 17, 2010

..ILMIAH JUMAAT : Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )..

Excerpt from FACEBOOK by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Picture Courtesy of Google Images

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, December 16, 2010

Who Stole the Cookie from the Cookie Jar?




Who? Me?

Yes You! Couldn't be. Then Who?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, December 11, 2010

..Ayam Golek-Golek Manja..

Supposedly, hari ni plan nak bawak Kakak and Dedek pergi ke Zoo but memandangkan Boss Kecik (Baby Adam Syafi) tak sihat maka 'Trip to the Zoo' haruslah di Cancel kannnn....

Jadik, bila dah tak ke mana.. Anak Tekak ni dok terasa-rasa nak makan hidangan yang lazat gitu.... Awwww!

Oleh yang demikian (Wah! Kelas ayat I kan?), tetiba jer teringin nak golek-golekkan ayam so terhasillah 'Ayam Golek-Golek Manja'.




Seperti biasa, it's Quick & Easy recipe ;).

Kali ni, tak dek measurement pun yang akan di beri so memerlukan sedikit kepakaran dalam Method Meng'Agak', ok?

Bahan-bahan :
Onion
Garlic
Ginger
Serai
Daun Limau Purut
Tom Yam Paste
Sos Tiram
Kicap Manis
Garam
Madu

Cara-cara :

Blend semua bahan kasar yang perlu di blend. Then, boleh mulakan acara campak-mencampak and lumur-melumur ayam. Kalau ada Black Pepper Sauce pun boleh kasi campak gak sekali ;).

Sesudah selesai lumur-melumur, peraplah ia at least for 2 hours. Lepas tu, bakarlah.

Dalam masa bakar, sesekali boleh lumur sos yang lebih-lebih tadi.

Bakar sampailah masak. Kalau suka ada 'jus' bakar dalam 1.5 jam jer tapi if cam I yang suka garing-garing ni... Kenalah tunggu LAMA sikit ;).

Bila dah masak, makan cicah dengan sos. Perghhhh... Superb!!!

Jemputlah makan :p.



Friday, December 10, 2010

..ILMIAH JUMAAT : Doa Untuk Anak Nakal and Hyper..

I actually got this from Facebook. It is shared by a friend and I find that this is good and I would like to also share it with others.

Picture Courtesy of Google Images

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

  1. Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
  2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.
  3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali - "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan pada makanan atau minumannya.
  4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
  5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Hope this would be useful for our reference.

Enjoy your Friday and Have a Good Weekend ;).

Thursday, December 9, 2010

..One Curious Kid..

Semenjak Dua Menjak dah boleh duduk and berdiri sendiri ni.. dah mula nak explore sana-sini..
I suppose he is trying to figure out "what are inside the drawers?"
Location : Baby Adam Syafi's cousin's house in Raub, Pahang

Wednesday, December 8, 2010

..MOTHERHOOD : Love, Hate Relationship with my BREASTPUMP..

I am ONE LAZY PERSON (you can ask my Mak and Abah for their testimonial on this matter.. hahahaha) but when it comes to provide the best for my kids, especially for the ‘growing up baby’, none other than Baby Adam Syafi. I would definitely try my VERY, VERY BEST.

You see, I sort of have this LOVE, HATE RELATIONSHIP with my BREASTPUMP, PISA (Medela : Pump In Style Advance).


Picture Courtesy of Google Images

And why is that?

Well, I LOVE PISA sooo mucho because of the wonderful job that PISA has done. For 10 months now, PISA has served me well. Every single day without fail PISA provides me the MILK SUPPLY that I asked for. Not too much or not even too little. Just nice!

I could of course demand for more but it is ok. Again, due to my laziness, 7 bottles a day should be enough :p. *penat wooo nak pam jer memanjang and plus, rasa cam nak tercabut jer n***** kekadang.

However, I am also pretty upset with PISA sometimes. As much as I love PISA, I HATE PISA too!!! It is sooo difficult for me to clean PISA every time after use. Sometimes, it is almost impossible when I am at work. PISA really gets me. PISA really TESTs my PATIENCE.

Although, after 10 months being together, slowly I come to realize, PISA needs extra care and attention. Sterilizing is not enough. Soaking it in bubble bath with special detergent is also not enough.

So, what does PISA or other BREASTPUMP really wants?

Be it PISA or not and what they really, truly want is for a SCRUB and SOFT TOUCHES to wipe them clean. Clean, clean, really clean like brand new kind of clean.

People have their own ways in doing things and I have a way of my own too! And I am very happy to share it here with all of you.

If you notice, normally a breastpump would look like below, kan?


Picture courtesy of Google Images

Perasan tak, ianya adalah amat sukar untuk membersihkan bahagian dalaman nya, betul tak?

Reason being, your fingers cannot really fit in and sometimes, even the pencuci botol yang bulu-bulu or spongy itu pun tak boleh nak masuk sebab lubangnya adalah agak kecik. In this case, how to sental, betul tak?

Hence, it’s the reason why I actually use TOOTHPICKS and EAR COTTON BUDS. Some of you may have try it too and some of you may not even think of it kan?

But, hey it really DOES HELP. It does WONDERS and it makes my life easier and lesser STRESS.

I am happy to be STRESS FREE from the thought of HOW TO DEAL with THE DIRTY INNER BREASTPUMP. Yucks, ok!!

Alhamdulillah, I may not need to worry anymore and also, tak perlulah dok asyik nak tukar the accessories jer like a friend who changes the accessories every 3 months. I mean, if you have the extra money, why not? But, if you are like me yang hidup dalam KESEDERHANAAN, sah-sah lah sayang duit kan and so, kita kenalah cari jalan untuk BERJIMAT CERMAT.

I hope this would be useful to some of you if not all. Feel free to suggest or share whatever you want with me. Your feedbacks are most welcome ;).

Have a NICE DAY everyone.

Cheers~

Tuesday, December 7, 2010

..Budak Comel in Action..

video

Ini budak sudah boleh tepuk dan boleh "Give Me Five".

Saksikan ;).

..Awal Muharram Detik Permulaan..

“Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan”

Lagu ini sentiasa berlegar-legar dalam kepalaku apabila menjelangnya AWAL MUHARRAM.

Segalanya tentang penghijrahan. Penghijrahan dari hidup yang BAIK kepada yang LEBIH BAIK. Insyallah.

Sama-samalah kita MENGHAYATINYA.


Picture courtesy of Google Images

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua.

Hopefully, all of us would have a good start for a NEW BEGINNING.

Amin.

Sunday, December 5, 2010

..Dinner Sempoi : Menu Orang Malas..

TADA..............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makan Malam yang Sempoi but memang sah-sah sedap .. ;).
Nasi Goreng Sempoi (Bodoh?) dan Chicken & Prawn BBQ

Inilah dinner seisi keluarga bila tukang masak sudah terlampaulah malasssss!!!
Tak perlah, yang penting makan...
Janji tak laparrrr.. kan?

So, apalagi.. silalah menjamu selera ;) 
Eh! Menjamu mata jer lah gamaknya korang kan? kan? kan?

Thursday, December 2, 2010

..Christmas Tree?..

Macam Christmas Tree tak? Tapi, ini version Christmas Tree cantik lagi anggun? Muahahaha..

Suka. Suka. Suka.



- Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts with Thumbnails